Thursday, January 29, 2009

MALAYS... where are we now?

(24 October 2008)

Hello there. How’s every 1? Hopefully u all in a good shape and in pink health. So what I wanna write here? Let me see… Mmm … There’s something that I always wanna jot down here in my blog. But each time, when im here in front of my comp and started to arrange my sentences on this topic, suddenly my mind goes blank. Maybe I’m afraid that someone will hurt while reading this. But as for now, I believe, it’s the time for me to pen down on this matter. Since I just came back from this 1 programme attended by my minister and which is coincidence-ly the same topic I’m interested in – Malays, where are we now? Allowed me to write on this matter – what my mind wants to say…

As at 2006, Malays are the main citizens of Malaysia:
Malay = 13,575,100
Chinese = 6,219,600
Indian = 1,858,500

This numbers can tell you that Malays are the majority. With 54.7%, supposedly Malays are the majority contributor in all aspects especially in the economic sector. BUT, what is actually happened is far away from what we’re actually expected.

Ekuiti milik bumiputera as at 2007 hanyalah 19.4%, sedangkan sasaran kita di dalam DEB, ia sepatutnya mencecah angka 30%. Jumlah ekuiti bagi kaum bukan bumi as at 2007 adalah 40.4%. sedangkan sasaran yang sepatutnya adalah 40%. Lihat sahaja perbezaan yang ketara itu. Lihat sahaja betapa kaum melayu sebenarnya telah ketinggalan ke belakang.

Ada pihak dengan lantangnya berpendapat DEB telah gagal. Tetapi bagi saya ia tidak gagal. Ia cuma tidak mencapai target setinggi seperti yang ditetapkan. Mungkin anda tidak tahu, pada tahun 1970, tahun dimana DEB diperkenalkan, ekuiti milik bumiputera pada masa itu hanyalah 2.4%. Pada tahun akhir DEB, iaitu 1990, taraf ekuiti bumiputera telah meningkat kepada 19.2%. Satu peningkatan yang pada saya cukup ketara. Cukup tinggi! Namun antara tahun 1990 hingga tahun 2007, peratus ekuiti melayu adalah 19.4%. Peningkatan sebanyak 0.2% sahaja bagi tempoh 17 tahun. Pada tahun DEB dilaksanakan, ekuiti melayu telah meningkat sebanyak 16.8%, namun pada tahun selepas itu sehingga tahun 2007, ekuiti bumi putera hanya meningkat 0.2%. Tidakkan itu menunjukkan bahawa DEB tidak gagal, tetapi orang orang melayu antara tahun 1990 hingga 2007 yang telah gagal untuk memajukan sektor ekonomi kaum mereka sendiri.

Saya juga terpikir, adakan mungkin disebabkan peningkatan yang tinggi itu telah berlaku pada tahun DEB dilaksanakan, menyebabkan kaum melayu berasa selamat di zon yang tersendiri. Dan dengan itulah, hanya peningkatan sebanyak 0.2% sahaja yang kita dapat lihat bagi kaum melayu dalam masa 17 tahun selepas itu??

Namun jika kita lihat sekarang, kaum melayu sendirilah adalah antara mereka yang dengan lantangnya telah menolak DEB. Tidakkah mereka terpikir, dengan DEB itulah, peratus ekuiti melayu telah meningkat?

Memang tidak dinafikan DEB adalah satu dasar yang tidak lagi diamalkan. Memang betul zaman DEB telah tamat. Namun, angka 30% itulah yang sepatutnya dijadikan semangat kita yang perlu dikekalkan sehingga sekarang. Semangat yang sepatutnya kita perjuangkan hingga sekarang.

Timbul pula isu kontrak sosial. Apa itu sebenarnya kontrak sosial? Kontrak sosial merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu. Ia adalah satu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Keyword - pemberian kewarganegaraan SEBAGAI GANTI pemberian hak istimewa kepada orang-orang Melayu. Namun, apa yang berlaku pada hari ini, setiap yang berbau melayu telah dicabar dan dipersoalkan dengan lantang dan terbuka. Contohnya, artikel 153: hak-hak istimewa bumiputera, sosial kontrak, asal usul melayu, DEB, bahasa melayu, kepimpinan melayu, raja-raja melayu, kebudayaan melayu, agama islam dan sebagainya yang berhubung kait dengan keistimewaan orang melayu. Kesemuanya itu telah dicabar dengan lantangnya oleh orang orang bukan melayu. Alasan yang diberikan, amat mudah – dasar tersebut menindas kaum lain. Hak kesamarataan perlu di tuntut!

Saya terpanggil untuk berfikir, jika hak keistimewaan melayu perlu ditarik balik, adakah sanggup kaum cina dan kaum india memberikan semula hak kewarganegaraan mereka? Kerana sosial kontrak itu sendiri menyebut hak keistimewaan melayu adalah SEBAGAI GANTI kepada pemberian kewarganegaraan. Fikirlah wahai melayu. Kadang-kala saya agak terkilan kerana melayu sendiri yang mahu hak keistimewaan mereka digadai. Contoh mudah – manifesto politik, yang dilaung laungkan sabah hari - hak yang sama antara kaum! Adakah itu yang sepatutnya diperjuangkan? Adakah itu yang sepatutnya diagung-agungkan? Sanggupkah kita menggadaikan apa yang sepatutnya menjadi milik kita hanya semata-mata untuk mengejar kekuasaan untuk mentadbir sebuah negara? Bukan saya hendak mengutuk mana-mana parti politik, jauh sekali menyokong mana-mana parti politik. Tetapi saya menyokong mereka yang akan memperjuangkan saya, yang akan memperjuangkan hak-hak saya, yang akan memperjuangkan hak-hak anak-anak, cucu-cucu dan seterusnya waris-waris saya. Saya menyokong mereka yang akan memperjuangkan bangsa saya dan agama saya… yang akan memperjuangkan negara saya! Tapi kini, melayu itu sendiri yang terumbang ambing di tanah asal usul mereka sendiri.

Saya setuju dengan laungan Tun Dr Mahathir Mohamad satu masa dahulu… “Melayu mudah lupa!”… melayu mudah lupa dengan pengobanan orang orang terdahulu. Melayu mudah lupa dengan apa yang diperjuangkan oleh orang-orang terdahulu. Melayu mudah lupa akan erti sebenar sebuah bangsa, akan erti sebenar sebuah negara. Erti sebenar sebuah pengorbangan demi bangsa, agama dan negara… melayu mudah lupa akan segala galanya.

Adakah dengan wujudnya sosial kontrak itu, bangsa lain begitu tertindas? Adakah benar akan kenyataan tersebut? Kerana jika kita lihat pendapatan purata bagi kaum melayu lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Pendapatan purata kaum bagi tahun 2007:
Melayu = RM 3,156
Cina = RM 4,853
India = RM 3,799

Lihat saja! Pendapatan purata bulanan kaum yang selama ini mengatakan mereka tertindas, jauh lebih tinggi daripada kaum melayu sendiri. Lihat sahaja siapa sebenarnya yang tertindas. Chinese and Indian, they have better standard of living compared to the Malays. Adakah ini yang dikatakan satu penindasan?

Dari segi jawatan yang dipegang dalam syarikat, dari segi bidang professional, dari segi pemilikan syarikat, dari segi pemilikan bangunan dan premis komersial dan pelbagai lagi bidang… yang pasti bilangan bumiputera itu sendiri masih lagi kebelakang, masih lagi mundur… Kesemuanya dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera.

Adakah ini masih lagi satu penindasan?

Tidakkan kita fikir, akibat daripada kelemahan org melayu itu sendiri lah, pada hari ini, melayu makin tidak berpijak di bumi yang nyata? Melayu selalu saja merungut… Kerajaan tak pernah membantu lah…. Kerajaan tak jaga melayu lahh… bermacam macam alasan dan rungutan lagi….

Wahhal, kerajaan sendiri telah memberi bantuan berbilion-billion ringgit kepada bumiputera itu sendiri. Dari segi dana, dari segi modal, dari segi kewangan, GLCs, ULCs, institusi-institusi melayu, peraturan peraturan dan dasar dasar yang melonjakkan melayu dalam ekonomi, pelbagai dasar yang memihak kepada melayu dan macam macam lagi. And yet melayu masih lagi mundur dalam sektor ekonomi.
Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?

Saya terpikir, adakah kerana terlalu dimanjakan, adakah kerana terlampau disuap dalam segala hal, adakah kerana terlalu banyak pertolongan yang telah diberikan menyebabkan melayu menjadi seperti sekarang?

Yang pasti, melayu terperangkap di dalam zon ekonomi yang selesa yang mengelirukan! Melayu adalah bangsa yang tidak patriotik, adalah bangsa yang tidah pernah bersyukur dengan segala nikmat dan keistimewaan yang telah diberikan. Adakah kita masih perlu terus menerus tunduk dengan kemahuan kaum-kaum lain yang inginkan hak hak kita diketepikan? Adakah kita mahu menumpang di negara kita sendiri? Adakah kita masih mahu ketinggalan dalam segalanya?
Bangkitlah melayu! Bangkitlah melayu. Sedarlah!

Mungkin saya tidak mampu untuk mengubah segalanya seorang diri. Mungkin saya tidak mampu untuk menyedarkan semua orang akan hakikat sebenarnya seorang diri saya. Tetapi sekurang-kurangnya saya sedar akan kedudukan dan kelemahan kaum saya sendiri. Setidak-tidaknya saya berusaha dengan cara saya sendiri. Sekurang kurangnya saya masih ada semangat yang membara demi melayu saya…demi bangsa saya…demi agama saya…demi negara saya… !

Mungkin di era saya, melayu masih mampu berkuasa… tetapi adakah anak-anak saya, cucu-cucu saya dan seterusnya waris-waris saya masih mampu merasai nikmat hak-hak keistimewaan sebagai seorang melayu…? sebagai seorang islam…? Sebagai seorang penduduk peribumi negaranya sendiri?

Tidak terniat untuk mengutuk, jauh sekali untuk mempertikaikan kewujudan kaum lain. But as for me,

I’m not being racist, but I’m being a patriotic in my own ways - for my own Malays!

No comments: